APA YANG MENJADIKANNYA UNIK?

Kepelbagaian Budaya

Budaya mencerminkan kita. Ia mempengaruhi apa yang kita lakukan, bagaimana kita berfikir, cara kehidupan kita dan banyak lagi. Bukit Bendera mempunyai pelbagai tarikan kebudayaan tersendiri. Ia menyatukan masyarakat dari latar belakang yang berbeza dan menggalakkan pemahaman yang lebih baik antara satu sama lain.

Masjid Bukit Bendera

Penang Hill Mosque atau Masjid Bukit Bendera, adalah satu-satunya masjid di puncak bukit. Ia didirikan untuk kegunaan orang Islam yang berkunjung, tinggal dan bekerja di atas bukit. Masjid ini terletak tidak jauh dari rumah agam Bel Retiro dan Kuil Hindu. Majoriti pengguna masjid ini adalah mereka yang bekerja di gerai berhampiran stesen keretapi Bukit Bendera, pegawai kerajaan yang bekerja di pejabat pos dan jabatan lain yang terletak di puncak Bukit Bendera.

Masjid Bukit Bendera mempunyai seni bina Islam yang berlainan jika dibandingkan dengan bangunan-bangunan bersejarah yang terdapat di Bukit Bendera. Menara dan kubah masjid itu dapat dilihat dari jauh oleh penggunjung yang berada di dataran Bukit Bendera.

Waktu Operasi:
24 Hours (Daily)

Sri Aruloli Thirumurugan (Kuil Hindu Bukit Bendera)

Sri Aruloli Thirumurugan, atau lebih dikenali sebagai Penang Hill Hindu Temple, adalah salah satu kuil hindu yang tertua di Pulau Pinang. Ia telah dibina sejak tahun 1800-an sebagai kuil kecil untuk penganut Dewa Murugan (dewa yang dikaitkan dengan Thaipusam) oleh masyarakat India yang kebanyakkannya adalah pembawa tandu. Ia terletak disalah sebuah bukit di Bukit Bendera yang lebih dikenali Gun Hill.

Kuil ini mengikut gaya seni bina Dravidian yang mengandungi 4 bahagian utama. Pertama, bahagian dalaman kuil, atau vimana, adalah ruang sembahyang dengan menara. Bahagian kedua, adalah Mandapa, atau anjung. Ketiga, gopurams atau menara pintu gerbang. Bahagian terakhir adalah chawadis, atau dewan tiang. Disamping itu terdapat sebuah tangki air digunakan dalam upacara suci untuk pembersihan diri.

Waktu Operasi:
24 Hours (Daily)

Dapatkan tiket anda dalam talian!

Beli tiket keretapi anda di sini!