Lama itu Emas

Tarikan Warisan

Bangunan warisan yang tertua iaitu Rumah Agam Convalescent telah dibina pada tahun 1803. Bukit Bendera mempunyai bangunan warisan yang menarik memaparkan gabungan senibina British dan Asia Moden.

Bel Retiro merupakan rumah agam milik kerajaan yang terdapat di Bukit Bendera. Ia telah dibina pada tahun 1789 untuk Gabenor Pulau Pinang pada ketika itu dan masih digunakan untuk pegawai tinggi kerajaan. Ia adalah harta yang paling bernilai yang terdapat di Bukit Bendera,dibina pada 1800 sebagai rumah peranginan untuk pegawai tinggi kerajaan dan orang kenamaan. Banglo Bel Retiro adalah tempat percutian kegemaran Yang di-Pertuan Agong yang pertama dan Tunku Abdul Rahman setiap kali beliau melawat Pulau Pinang. Selain itu, pegawai-pegawai kanan kerajaan telah membina rumah agam berhampiran dengan Bel Retiro, atas prinsip ‘kedekatan adalah bersebelahan dengan keagungan’. Walaupun banglo ini tidak dibuka pada orang ramai, pengunjung boleh melawat dan mengambil gambar di pintu gerbang yang dikenali sebagai Gate House. Pintu gerbang tersebut dibina menyerupai sebuah struktur batu-bata yang unik dan indah.
Bel Retiro
Lower Station
OldRailway
PostBox
Second Generation Funicular
Canon
Mon Sejour
Entrance Railway
Fourth Generation Funicular

PANDUAN KE SINI

Peristiwa Sejarah Utama

Ia bukanlah sesuatu yang mudah bagi membangunkan kawasan bukit menjadi sebuah tempat yang hebat seperti sekarang.







Peristiwa Penting

  • 1905
    • Kereta api generasi pertama telah siap tetapi tidak dapat beroperasi,disebabkan oleh kerosakan teknikal.
  • 1920
    • Kerja-kerja pembinaan untuk membina kereta api generasi kedua dimulakan oleh Jurutera Kanan Mr.AR Johnson.
  • 1923
    • Perkhidmatan kereta api Bukit Bendera dibuka kepada orang ramai.
  • 1924
    • Sir Lawrence Nums Guillemard, Gabenor Negeri-Negeri Selat secara rasmi telah merasmikan perkhidmatan kereta api Bukit Bendera dan kereta api generasi kedua.
  • 1941
    • Perkhidmatan kereta api dihentikan semasa penaklukan Jepun di Malaysia.
  • 1942
    • Perkhidmatan kereta api di Bukit Bendera dipulihkan.
  • 1950
    • Penang Hill Railway Ordinance No.42 tahun 1950 telah diwartakan.
  • 1977
    • Koc lama kereta api telah digantikan dengan koc generasi ketiga buatan Switzerland.
  • 2011
    • Perbadanan Bukit Bendera mengambil alih perkhidmatan kereta api Bukit Bendera dan koc generasi keempat dari Switzerland telah dirasmikan.
      Merangkumi trek sepanjang 1996-meter dalam kira-kira 5 minit, ia kini merupakan funikular tercepat, tercuram dan terpanjang di rantau ini.
  • 2012
    • Dataran Bukit Bendera telah dirasmikan sebagai kawasan ruang terbuka untuk acara dan aktiviti awam.
    • 'Viaduct Trail' yang menghubungkan tempat letak kereta ke stesen keretapi telah dibuka kepada orang ramai.
  • 2013
    • Retractable roof di stesen bawah dengan kawasan perlindungan yang lebih luas telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng untuk kemudahan orang awam.
    • Laluan pejalan kaki tertutup bertingkat yang menghubungkan stesen atas ke Astaka sebagai laluan alternatif telah dibuka kepada orang awam.
    • Laluan denai A, B, C dan D dibuka kepada pengunjung di puncak bukit untuk meneroka alam semulajadi.
    • Naiktaraf landskap di Jalan Summit dan pencahayaan di stesen bawah dan atas memberikan suasana romantik dan meningkatkan tahap keselamatan.
  • 2014
    • Sky Walk dengan kemudahan lif ke banglo KBB dibuka kepada orang awam dengan tiga dek pemandangan yang menakjubkan serta ruang menunggu di stesen atas diperluaskan.
    • Naik taraf “Laluan Warisan Sejak 1890” telah dibuka kepada orang awam sebagai jalan alternatif dari stesen tengah.
    • Kerja penstabilan cerun dan naik taraf saliran bukit telah dijalankan.
    • 22 February 2014 - "Penang Hill Heritage Forest Challenge " - Cabaran mendaki 11KM antarabangsa telah dianjurkan oleh PHC dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Pulau Pinang, PAAA, JKKK, Persatuan Penduduk Bukit Pinang dan MSN.
  • 2015
    • Ketua Menteri Lim Guan Eng telah merasmikan Tempat Letak Kereta Bertingkat Bukit Bendera yang dibina untuk menampung peningkatan bilangan pengunjung.
    • Dek Permandangan telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng.
  • 2016
    • Laluan denai E, F, G, H, I dan J dibuka kepada pengunjung di puncak bukit untuk meneroka alam semulajadi.
    • 24 April 2016 - "Climb to change a life" - Acara julung kali ini diadakan bertujuan untuk membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah pergerakan untuk mencari potensi mereka sambil menikmati Alam Semulajadi serta mempromosikan Pulau Pinang sebagai "Bukit Cinta". Acara ini juga membawa kesedaran dan pemahaman yang lebih baik kepada orang ramai, dengan itu bergerak ke arah lebih banyak masyarakat bebas penghalang.
  • 2017
    • Bukit Bendera kearah pewartaan Zon Larangan Merokok.
    • Tiga laluan semulajadi pejalan kaki telah dirasmikan untuk pengunjung menerokai mengenai Bukit Bendera.
    • 26 October 2017 - Panduan Pelawat Bukit Bendera telah dilancarkan untuk memberi maklumat yang tepat dan menggalakkan pengunjung untuk menerokai Bukit Bendera. Ia juga dilancarkan bersama Nature Walks (lawatan bersama Sukarelawan)
    • Perkhidmatan funikular telah diberhentikan sementara dan Bukit Bendera diklasifikasikan sebagai 'Zon Merah' akibat tanah runtuh dan pokok-pokok yang tumbang di sepanjang landasan keretapi, jalan-jalan utama serta jalan jip trek dari Taman Botani. Puncak bukit tidak dapat diakses pada 5 November 2017
    • 30 December 2017 - Bukit Bendera telah dibuka semula kepada orang ramai dengan pelancaran semula perkhidmatan funikular oleh Ketua Menteri, YAB Tuan Lim Guan Eng.
  • 2018
    • 5 January 2018 - Projek ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran awam serta memberi inspirasi kepada orang lain mengenai kepentingan untuk melindungi dan memelihara alam sekitar terutamanya di laluan mendaki ke Bukit Bendera.
    • 19 January 2018 - Laman web baru Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang dilancarkan oleh Ketua Menteri, YAB Tuan Lim Guan Eng bersempena dengan Majlis Pengiktirafan Khas untuk menghargai sumbangan dan usaha mereka yang membantu dalam proses pemulihan.

Dapatkan tiket anda dalam talian!

Beli tiket keretapi anda di sini!