PERKARA YANG BOLEH DILAKUKAN

Tarikan Lain

Selami keajaiban alam semulajadi di Bukit Bendera dengan bangunan-bangunan bergaya arkitektur kolonial lama. Setiap pengunjung dapat merasai aktiviti dan pengalaman menarik dengan daya tarikan unik di Bukit Bendera.
Beegallery03a
Beegallery01a
Beegallery02a
Beegallery04a

Little Village (Milik Persendirian)

The Little Village dilengkapi dengan Love Arch, Kampung Orang Kerdil, Taman Arnab dan persekitaran alam yang hijau. Cubalah pelbagai madu asli disini yang pasti membuat anda berpuas hati.

Waktu Operasi:
8:30am - 9:00pm (Setiap Hari)

Earthquake & Typhoon (Milik Persendirian)

Alami dan rasai simulasi gempa bumi yang berukuran sehingga 8 magnitud dan simulasi taufan setinggi 12 magnitud beserta hujan lebat, angin kuat, bunyi ribut dan gegaran di “Earthquake & Typhoon Pavilion”, dibangunkan oleh institut penyelidikan saintifik dan pendidikan.

Waktu Operasi:
9:00am - 7:00pm (Setiap Hari)

EQ1
EQ3
Earthquake3
Earthquake4
Earthquake5
Earthquake6
Panoramic18
Penang Hill
Lovelock
Lovelock1
Lovelock2
Lovelock3

Love Lock (Milik Persendirian)

Di Bukit Bendera, nikmatilah sumbangan Tour Malaysia kepada mereka yang menghargai maksud dunia percintaan. Ia dirasmikan pada Hari Kekasih 2014, dan ia menjadi lokasi paling sesuai untuk pasangan kekasih melafazkan dan memeterai kasih sayang mereka dengan mangga kunci yang dihias secara kreatif. Tiada tempat yang lebih sesuai untuk melafazkan cinta anda selain di Love Lock Bukit Bendera.

Waktu Operasi:
9:00am - 7:30pm (Setiap Hari)

Henna & Spa (Milik Persendirian)

Hiasi diri anda dengan keunikan seni lukis inai daripada pelukis profesional yang berpengalaman sejak tahun 1994.

Sekiranya anda bukan peminat inai, anda boleh menikmati spa kaki herba yang terletak bersebelahan dengan lukisan inai. Spa kaki dapat memberikan ketenangan dan berupaya untuk membuang toksik di lutut dan kaki

Waktu Operasi:
8:00am - 10:00pm (Setiap Hari)

Hennaspa1
Hennaspa2
Hennaspa3
Dinasour1
Dinasour2
Dinasour3

Dinosaur & Aviary Garden (Milik Persendirian)

Jom menjelajah semula ke masa lampau apabila dinosaur memerintah Bumi dan mendedahkan misteri masa lampau prasejarah planet ini. Dinosaur & Aviary Garden yang terletak 100m dari Hotel Bellevue Bukit Bendera membawa dinosaur kembali ke kehidupan.

Bertemu dan bermain-main dengan makhluk-makhluk ini dari berjuta-juta tahun yang lalu! Ketahui bagaimana mereka berkeliaran di muka Bumi!

Waktu Operasi:
8.00am - 7.00pm (Setiap Hari)

Nombor Telefon:
04-2274006

Owl Museum(Milik Persendirian)

Mempamerkan replika burung hantu yang diperbuat daripada pelbagai bahan seperti kayu, batu, logam, kaca, tanah liat, plastik, tanduk kerbau, kerang, kacang, serat tumbuhan, kristal, porselin, tembikar, kertas dan bahan kitar semula. Disamping itu terdapat koleksi Khas yang dipinjam daripada pengumpul persendirian, juga dipamerkan dimuzium ini.

Waktu Operasi:
Isnin - Khamis :9:00am - 7:00pm,
Jumaat - Sabtu : 9.00am - 8.00pm

Nombor Telefon:
04-8265704

Owlmusuem1
Owlmusuem2
Owlmusuem3

Dapatkan tiket anda dalam talian!

Beli tiket keretapi anda di sini!