Ada apa di sini?

Keindahan alam semulajadi

Nikmati keindahan alam semula jadi yang asli. Bukit Bendera kini diliputi oleh hutan hujan tropika.

Selain pemandangan yang indah, nikmati kehijauan tumbuhan flora dan fauna yang tumbuh subur di sepanjang laluan bukit. Temui tumbuh-tumbuhan eksotik seperti Pokok Periuk Kera dan Slipper Orchid yang jarang ditemui di dunia.

Mamalia besar tidak dapat ditemui di sekitar Bukit Bendera. Namun hidupan seperti babi hutan, mamalia kecil dan sederhana seperti tupai, monyet dan tupai tanah dapat dilihat disini. Beberapa spesies yang ditemui selalunya akan kelihatan pada waktu malam. Ini termasuk musang, lemur terbang, musang terbang dan kelawar.

Persekitaran

Flora

Bukit Bendera adalah jenis hutan hujan tropika yang terdiri daripada pokok oak-laurel submontane, pokok-pokok konifer serta Pokok pakis yang tumbuh di ketinggian yang lebih tinggi.

Secara saintifiknya, Bukit Bendera penting sebagai tapak pelbagai spesies tumbuhan di Malaysia. Dahulunya, ahli botani datang ke sini mengumpul tumbuh-tumbuhan untuk tujuan herbarium di seluruh dunia. Ia adalah kawasan yang kaya dengan biodiversiti dan mempunyai sejumlah besar spesies endemik yang jarang dijumpai dan terancam.

Ia termasuk tumbuhan parasit Exorhopalia ruficeps, yang tumbuh dengan mudah dan subur di celahan batu dalam persekitaran sejuk di kawasan bukit. The Slipper Orchid (Paphiopedilum barbatum) mendapat permintaan paling tinggi di seluruh dunia dan semakin sukar untuk dijumpai.
DSC02502
DSC03243
DSC03297
DSC03473
DSC03611
DSC03742
DSC03773
DSC03780
DSC03893
DSC03996
DSC04646
DSC04826
DSC04903
DSC04919
DSC05021
DSC 0253
DSC 0323
DSC 0626
DSC 0816
DSC 0955
DSC 0987
DSC 1028
DSC 1112
DSC 1126
DSC 1330
DSC 1332
IMG 9686
2
3
DSC 0189
DSC 0311
DSC 0568
DSC 1072
DSC 1095
IMG 0606
IMG 0608
Panoramic13
Panoramic09
Panoramic10
Panoramic11
Panoramic67
Panoramic68
Panoramic69

The wildlife

Fauna

Mamalia besar tidak dapat ditemui di sekitar Bukit Bendera. Namun hidupan seperti babi hutan, mamalia kecil dan sederhana seperti tupai, monyet dan tupai tanah dapat dilihat disini. Beberapa spesies yang ditemui selalunya akan kelihatan pada waktu malam. Ini termasuk musang, lemur terbang, musang terbang dan kelawar.

Jika anda bertuah, anda berpeluang untuk melihat beberapa jenis haiwan yang jarang ditemui seperti lotong kelabu, tupai gergasi hitam dan burung cecawi anting-anting di sekitar Bukit Bendera. Haiwan-haiwan ini boleh dilihat pada waktu pagi dan lewat petang.

Bukit Bendera mempunyai lebih dari 100 spesies burung, 80% daripadanya telah ditemui di Pulau Pinang telah direkodkan di sini. Burung-burung ini berasal dari spesies taman yang sama dan kawasan hutan yang tebal.

Pada waktu petang, anda dapat mendengar bunyi-bunyian dari reriang dan cengkerik. Jika anda mempunyai kemahiran mengenai selok belok hutan di Bukit Bendera , anda berpeluang melihat hidupan hutan seperti mentadak,serangga kayu dan daun mantis secara dekat.

TARIKAN TERBARU

The Habitat (Milik Persendirian)

Panoramic14
Panoramic15
Panoramic16
Panoramic17
Panoramic18
Panoramic19
Panoramic20
Panoramic21
Panoramic22
Panoramic23
Panoramic24
Panoramic25
Panoramic70
Panoramic72
Panoramic73
Panoramic75
The Habitat di Bukit Bendera merupakan tempat yang harus dikunjungi bagi memperoleh pengalaman,keseronokan serta ilmu pengetahuan mengenai hutan hujan tropika di Malaysia. Apabila anda berada di pintu gerbang The Habitat bermakna anda telah berada di zon keindahan semulajadi Bukit Bendera.

Bukit-bukau, hutan hujan tropika, kepelbagaian flora, batu-batu granit yang besar dan pemandangan yang indah menjadikan The Habitat di Bukit Bendera sebagai tempat yang harus dilawati. Eko perlancongan bertaraf dunia yang pertama di Malaysia bertujuan untuk mempromosikan kesedaran dan pemuliharaan alam sekitar.

The Habitat merupakan salah satu tarikan utama di Pulau Pinang.Melalui proses fotosintesis, tanaman menghasilkan makanan sendiri dengan menggunakan karbon dioksida, air dan tenaga dari sinaran matahari untuk menghasilkan oksigen yang penting kepada kehidupan.Hutan hujan juga membantu mengitar semula dan membersihkan bekalan air. Laluan semulajadi yang terdapat di The Habitat membuatkan pengunjung akan lebih menghargai hutan serta hidupan liar.

Waktu Operasi:
9:00am - 8:00pm (Setiap Hari)

Nombor Telefon:
04-8267677

Nature Walks

Nature Walks @ Bukit Bendera akan memberikan pengunjung peluang untuk menyertai sukarelawan di sepanjang tiga laluan menarik di puncak Bukit dengan percuma. Perkhidmatan Nature Walk adalah inisiatif Perbadanan Bukit Bendera di bawah kendalian persendirian dan ia sebahagian daripada misi menggalakkan pengunjung untuk meneroka dan mengetahui lebih tentang Bukit Bendera.

Ketiga-tiga laluan akan melintasi lokasi tumpuan bergambar yang menarik di Bukit Bendera. Anda berpeluang melihat beberapa banglo gaya-kolonial serta menikmati keindahan flora dan fauna.Jika anda bernasib baik, anda berkesempatan menemui Lotong Kelabu dan Tupai Gergasi Hitam yang sinonim di Bukit Bendera.

Waktu Operasi:
9:30am - 4:30pm (Setiap Hari)

Nombor Telefon:
016-4201189

Allamanda Cathartica

Allamanda Cathartica

Cordyline

Cordyline

Eugeisonna Tristis Fruit

Eugeisonna Tristis Fruit

Lycopodium Cernuum

Lycopodium Cernuum

Rhododendron Simsii

Rhododendron Simsii

Sarcandra Glabra

Sarcandra Glabra

Senna Spectabilis

Senna Spectabilis

Wedelia Biflora

Wedelia Biflora

APA YANG SEGAR

Taman Periuk Kera (Milik Persendirian)

IMG 6693
IMG 6699
IMG 6726
IMG 6738
IMG 6764
IMG 6765
IMG 6778
IMG 6780
Menjadi yang pertama di Barat Malaysia, Taman Periuk Kera adalah satu taman yang mempunyai lebih daripada 100 jenis tumbuhan termasuk spesis dari tanah rendah hingga tanah tinggi di rantau ini.

Kini,pengunjung tidak perlu lagi melancong jauh tetapi dengan mengunjungi Bukit Bendera pengunjung boleh menikmati pemandangan yang indah dan memperolehi pengetahuan melalui peluang yang tidak pernah dirasai sebelum ini. Dengan suasana dan cuaca semulajadi yang nyaman pengunjung dapat melihat pelbagai jenis tumbuhan serta haiwan-haiwan seperti glugor,tupai, burung, monyet, mengkarung, rama-rama, kala jenking dan sebagainya dengan jarak terdekat.

Lebih menarik lagi apabila pengunjung juga dapat menikmati suasana alam semula jadi di hutan rizab . Pengunjung dapat merasai dan menhayati kawasan hutan hijau di Bukit Bendera. Kami juga menawarkan pengunjung dengan kawasan hijau yang lengkap dengan sudut berkopi di hutan (forest coffee).
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Waktu Operasi:
9:00am - 6:00pm (Daily)

Dapatkan tiket anda dalam talian!

Beli tiket keretapi anda di sini!