Pemandangan yang Indah

Terdiri daripada 6 puncak dan ketinggian setinggi 833 meter (2733 kaki) dari atas paras laut, Bukit Bendera merupakan pilihan terbaik untuk menikmati keindahan pemandangan panorama pulau dan tanah besar.

Keindahan Matahari Terbit

Dengan menaiki keretapi pertama pada waktu pagi, pengunjung berpeluang untuk menikmati permandangan indah matahari terbit serta merasakan kabus seperti kapas dengan suasana yang nyaman dan sejuk.

Sunrise 1
Sunrise 2
Sunrise 3

Pemandangan Siang yang Menakjubkan

Sky Walk dan Viewing Decks menawarkan 180 darjah permandangan Georgetown dengan kemudahan mesra warga emas serta orang kelainan upaya (OKU) untuk membolehkan mereka turut menikmati suasana indah yang terdapat di Bukit Bendera.

Day View 1
Day View 2
Day View 3

Pemandangan Malam yang Memukau

Pada waktu senja anda boleh melihat kerlipan lampu-lampu di Bandar Georgetown, permandangan langit malam yang memukau.

Di Bukit Bendera, pengunjung akan memperoleh pengalaman yang tidak akan dilupakan serta menikmati udara yang segar dan nyaman. Jika pengunjung ingin menikmati suasana pada waktu malam, keretapi terakhir untuk turun ke stesen bawah adalah pada jam 11 malam.

Evening View 1
Evening View 2
Evening View 3

Dapatkan tiket anda dalam talian!

Beli tiket keretapi anda di sini!