Tiba di sini dari Terminal Feri Pulau Pinang

Feri merupakan salah satu pengangkutan untuk sampai ke pulau dari seberang, Pulau Pinang.

Dari Terminal Feri Pulau Pinang

Pelabuhan Pulau Pinang adalah unik, kerana ianya merupakan satu-satunya pelabuhan di Malaysia yang mengendalikan perkhidmatan feri yang menghubungkan antara Georgetown (Terminal Feri Raja Tun Uda) dan Butterworth di Seberang, Pulau Pinang (Terminal Feri Sultan Abdul Halim).

Pelabuhan Pulau Pinang mengoperasikan maksima empat feri pada waktu puncak dan pengoperasian mengambil masa selang 20 hingga 30 minit dari jam 5.20 pagi hingga 10.00 malam manakala satu feri akan beroperasi pada jam 10.00 malam hingga 1.00 pagi dengan tempoh ketibaan selang 1 jam.

Terus berhubung dengan kami

Kami sedia menerima maklumbalas dari anda