DAPATKAN TIKET ANDA!

Rancang perjalanan anda

Dapatkan maklumat yang anda perlukan untuk melawat Bukit Bendera dan nikmati pemandangan yang paling indah di Bukit Bendera - sebagai sebuah keluarga, bersendirian atau sebagai satu kumpulan.













Waktu Operasi

Jadual kereta api harian – 6.30 pagi hingga 11.00 malam (kereta api terakhir dari stesen atas)
Waktu operasi harian tiket kaunter – 6.30 pagi hingga 10.30 malam
  • Pihak pengurusan berhak untuk menyemak semula jadual keratapi tanpa notis terlebih dahulu
  • Promosi : 6.30 pagi – 9.00 pagi dan 7.00 malam – 10.30 malam (pemegang MyKad sahaja)
  • Kadar promosi hanya diberi kepada warganegara Malaysia, setiap hari kecuali pada musim cuti sekolah (Klik sini untuk kalendar cuti sekolah dari Kementerian Pendidikan).
  • Harga promosi, tempahan kompartmen dan sewaan keretapi tidak tertakluk pada minggu cuti umum yang panjang, musim perayaan dan cuti sekolah.
  • Harga tertakluk kepada perubahan tanpa sebarang notis terlebih dahulu.

Harga Tiket

Pemegang MyKad/MyKid/MM2H/i-Kad ** Tiket Dua Hala

Kanak-Kanak
(4 hingga 12 tahun)

RM 5
Fast lane - RM20

Dewasa

RM 10
Fast lane - RM 40

Warga Emas
(60 tahun & keatas)

RM 5

Standard ** Tiket Dua Hala

Kanak-Kanak
(4 hingga 12 tahun)

RM 15
Fast Lane - RM40

Dewasa

RM 30
Fast lane - RM 80

Warga Emas
(60 tahun & keatas)

RM 30
Fast lane - RM60

Tiket Sehala

Kanak-Kanak
(4 hingga 12 tahun)

RM 3
Fast Lane - RM10
MyKid/MM2H/i-Kad

Dewasa

RM 5
Fast lane - RM 25
MyKad/MM2H/i-Kad

Kanak-Kanak
(4 hingga 12 tahun)

RM 8
Fast Lane - RM20
Standard

Dewasa

RM 15
Fast lane - RM 45
Standard

Promosi/ lain-lain

2 Hala

RM 3
MyKad/MyKid

OKU

Free

Pas bulanan

MyKad - RM 40
Bukan Pemegang MyKad - RM 120

Pas tahunan

MyKad - RM 400
Bukan Pemegang MyKad - RM 1200

Satu kabin

RM 720

Sewa Keretapi

RM 3600

Sentiasa berhubung dengan kami

Kami ingin mendapatkan maklumbalas anda

Soalan yang sering ditanya

Dimanakah tempat untuk membeli tiket keretapi funikular?

Anda boleh membelinya secara pembelian dalam talian di sini atau di kaunter tiket yang terletak di stesen bawah Bukit Bendera.

Pembelian tiket dalam talian mesti dilakukan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum tarikh lawatan untuk membolehkan transaksi anda diproses.

Bolehkah saya menukar tarikh lawatan saya?

Tiket yang telah dijual tidak boleh ditukar dalam apa jua keadaan. Namun, anda masih boleh menghantar e-mel kepada kami di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk meminta penukaran tarikh lawatan anda.

Bolehkah saya mendapat bayaran balik diatas pembatalan tiket?

Tiada pembatalan atau pembayaran balik dibenarkan.

Perlukah kanak-kanak membeli tiket?

Kanak-kanak yang berumur 4 tahun dan ke atas perlu membeli tiket. Tambang kanak-kanak dikenakan kepada yang berumur dari 4 tahun hingga 12 tahun.

Kadar pelajar & konsesi kumpulan sekolah

Bagi pelajar yang membeli tiket secara terus di kaunter, kami tidak menawarkan apa-apa harga yang istimewa. Walau bagaimanapun, kami menggalakkan pelajar dan guru berhubung dengan kami untuk mendapatkan kadar konsesi kumpulan sekolah.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi 04-8288880 atau Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. bagi sebarang pertanyaan.

Promosi & Diskaun

Dari semasa ke semasa, Bukit Bendera akan menawarkan diskaun dan promosi istimewa pada tiket keretapi

Cuaca

Pelancong adalah digalakkan untuk menyemak ramalan cuaca sebelum membuat lawatan atau pembelian tiket.

Tiada bayaran balik atau tuntutan akan dilayan untuk sebarang keadaan cuaca atau suhu yang tidak sesuai.

Procedur Lawatan bagi Kumpulan Pelancong Asing/ Agen Pelancongan

Sila ikuti langkah-langkah berikut bagi mendapatkan insentif bagi ticket untuk lawatan ke Bukit Bendera.
  • 1) Agensi Pelancongan perlulah berdaftar dengan Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang.
  • 2) Sila muat turun borang pendaftaran serta borang insentif yang disediakan dalam laman web kami.
  • 3) Sila lengkapkan borang pendaftaran dan emel balik ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. besertakan document pendaftaran SSM/KPL/LN sebagai lampiran.
  • 4) PBBPP akan mengambil masa 3 hari kerja setelah terima borang pendaftaran bagi memproses aplikasi tersebut.
  • 5) Setelah diluluskan, Agen Pelancong akan diberi no pendaftaran khas untuk digunakan bagi proses insentif.
  • 6) Pemandu Pelancong hendaklah mengemukakan Borang Insentif apabila melakukan pembelian tiket serta membuat pembayaran penuh di kaunter tiket.

Prosedur Lawatan untuk Pelajar

Sila ikuti langkah-langkah berikut bagi mendapatkan harga tiket konsesi untuk lawatan ke Bukit Bendera:
  • 1) Surat permohonan lawatan perlu dihantar selewat-lewatnya tiga (3) hari waktu bekerja sebelum tarikh lawatan.
  • 2) Sekiranya bercadang untuk membuat pembayaran awal, surat permohanan lawatan perlu dihantar selewat-lewatnya lima (5) hari waktu bekerja sebelum tarikh lawatan.
  • 3) Surat permohonan yang dihantar perlu menggunakan kepala surat rasmi dari sekolah / IPTA / IPTS yang telah ditandatangani.
  • 4) d) Perkara-perkara yang perlu dinyatakan dalam surat permohonan adalah seperti yang berikut:
    i) Tarikh lawatan
    ii) Jumlah peserta dan
    iii) Waktu Lawatan
  • 5) Surat permohonan yang dihantar mestilah lengkap dengan maklumat berikut:
    i) Senarai nama peserta
    ii) Nombor Mykad / Mykid
    iii) Nombor kad OKU (bagi peserta OKU) dan
    iv) Nombor passport (bagi pelajar luar negara)
  • 6) Nombor telefon wakil / ketua rombongan yang menguruskan lawatan perlu disertakan dalam surat permohonan bagi memudahkan pihak PBBPP menghubungi wakil / ketua rombongan.