Lama itu Emas
Tarikan Warisan
Bangunan warisan yang tertua iaitu Rumah Agam Convalescent telah dibina pada tahun 1803. Bukit Bendera mempunyai bangunan warisan yang menarik memaparkan gabungan senibina British dan Asia Moden.
Bel Retiro merupakan rumah agam milik kerajaan yang terdapat di Bukit Bendera. Ia telah dibina pada tahun 1789 untuk Gabenor Pulau Pinang pada ketika itu dan masih digunakan untuk pegawai tinggi kerajaan. Ia adalah harta yang paling bernilai yang terdapat di Bukit Bendera,dibina pada 1800 sebagai rumah peranginan untuk pegawai tinggi kerajaan dan orang kenamaan. Banglo Bel Retiro adalah tempat percutian kegemaran Yang di-Pertuan Agong yang pertama dan Tunku Abdul Rahman setiap kali beliau melawat Pulau Pinang. Selain itu, pegawai-pegawai kanan kerajaan telah membina rumah agam berhampiran dengan Bel Retiro, atas prinsip ‘kedekatan adalah bersebelahan dengan keagungan’.
Walaupun banglo ini tidak dibuka pada orang ramai, pengunjung boleh melawat dan mengambil gambar di pintu gerbang yang dikenali sebagai Gate House. Pintu gerbang tersebut dibina menyerupai sebuah struktur batu-bata yang unik dan indah.