Aktiviti Utama
Melihat Bukit Bendera seperti yang digambarkan oleh bekas Menteri Kewangan dan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. Semestinya anda akan teruja apabila anda dapat mengetahui apa yang unik dan menarik untuk dilakukan semasa di Bukit Bendera
Anda seorang yang berani dan minat pada pengembaraan, maka Bukit Bendera adalah pilihan yang menawarkan semua itu dan banyak lagi untuk percutian yang menyeronokkan. Lihatlah permata yang terdapat di sekitar Bukit Bendera yang dalam usaha untuk menjadikannya sebagai bukit resort pilihan di Malaysia.
Pernah terfikir bagaimana funikular di Bukit Bendera dapat berfungsi dengan lancar. Lihatlah di sebalik tabir dan mengenali tulang-tulang belakang yang berjaya menjadikan operasi funikular ini sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik setiap hari.
Memiliki hutan dara yang berusia 130 juta tahun, sememangnya Bukit Bendera bukan hanya satu, tetapi terdiri daripada beberapa lereng bukit yang tingginya mencecah 700 meter dari aras laut. Panorama bukit yang kaya dengan flora dan fauna pastinya akan memikat pencinta alam. Pastinya anda kagum dengan keindahan alam semula jadi.
Panorama bandaraya Georgetown & Jambatan Pulau Pinang yang indah
Terkesima dengan bangunan warisan yang diinspirasikan dengan gaya kolonial yang indah
Nikmati makanan Street Food Pulau Pinang and makanan Western yang istimewa
Nikmati setiap saat dengan penuh ketenangan dan kemesraan bersama orang tersayang.
Hotel Bellevue merupakan satu-satunya hotel yang terletak di puncak Bukit Bendera. Hotel ini mempunyai jarak yang dekat dengan Stesen Atas. Hotel yang berkonsepkan banglo kecil ini mempunyai 12 bilik dan bangunan ini menawarkan pemandangan Georgetown yang sangat indah, terutama dari waktu petang hingga malam.
Hillside Retreat terletak tidak jauh dari bandaraya Georgetown yang merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO. Terletak jauh di dalam biosfera yang subur serta tempat percutian yang menawarkan ketenangan yang bebas dari kesibukan bandar.
Pasti anda akan terpesona dengan pelbagai pilihan makanan yang terdapat di Bukit Bendera
Sangat disyorkan:
ICE KACANG (ABC) @ ASTAKA (CLIFF CAFE)
ENGLISH AFTERNOON TEA @ DAVID BROWN'S RESTAURANT
CHAR KOAY TEOW @ BELLEVUE HOTEL
CHICK-PEAS SPECIAL (KACANG PUTIH MAN @ DATARAN)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.