Cara untuk Sampai ke Bukit Bendera dengan mudah

Bukit Bendera mempunyai rangkaian pengangkutana awam yang baik. Tempat letak kereta juga disediakan khas kepada pengunjung yang berkunjung ke Bukit Bendera.

Stesen Bawah Bukit Bendera

Dimanakah lokasi?

Stesen Bawah Bukit Bendera (GPS: 5.40811, 100.27724) adalah terminal kereta api funikular Bukit Bendera yang terletak di kaki Bukit Bendera. Bangunan lama yang dibina pada era British masih berdiri teguh. Pada projek fasa ke-3, Stesen Bawah telah dinaik taraf. Ia merangkumi kaunter tiket yang baharu, galeri sejarah, dan restoran.

Stesen Bawah Bukit Bendera terletak di hujung Jalan Stesen Bukit Bendera. Pengunjung hanya perlu berjalan kaki sahaja dari Bangunan Parkir Bertingkat Bukit Bendera ke stesen. Tambahan lagi, ia juga mempunyai jarak yang dekat dengan Hentian Bus Bukit Bendera. Perkhidmatan bas rapid yang disediakan di sini ada bernombor 204.

Tempat letak kenderaan


Bangunan Parkir Bertingkat Bukit Bendera

Tempat Letak Kereta di Kuil Bukit Bendera

Bagaimana untuk sampai ke Bukit Bendera?

Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (IATA: PEN, ICAO: WMKP), terletak berhampiran kawasan Bayan Lepas, Pulau Pinang, Malaysia dan ia merupakan lapangan terbang Antarabangsa dimana ia mengubung penerbangan di antara Malaysia dan Luar Negara.

 Lapangan terbang ini terletak 16 km (9.9 mi) di selatan George Town, ibu kota Pulau Pinang. Sebelum ini ia dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas yang dibuka pada tahun 1935, dan menjadikannya lapangan terbang tertua di negara ini.

Dari Jeti Pulau Pinang

Pelabuhan Pulau Pinang ini unik kerana merupakan satu-satunya pengendali pelabuhan di Malaysia yang mengendalikan perkhidmatan feri yang menghubungkan Georgetown (Terminal Feri Raja Tun Uda) dan Butterworth (Terminal Feri Sultan Abdul Halim).

Waktu operasi Pelabuhan Pulau Pinang bermula jam 5.20 pagi hingga 1.00 pagi Kekerapan feri adalah setiap 20-30 minit dan selepas jam 10.00 malam, kekerapan feri adalah setiap satu jam sehingga 1.00 pagi.

Dari Jambatan Pulau Pinang

Perjalanan melalui jambatan Pulau Pinang adalah salah satu kaedah yang paling biasa untuk sampai ke sini. Pengunjung boleh pergi ke Bukit Bendera dengan menggunakan Jambatan Pulau Pinang dari Butterworth

Dari Jambatan ke-2 Pulau Pinang

Perjalanan melalui jambatan ke-2 Pulau Pinang adalah salah satu kaedah yang paling biasa untuk sampai ke sini. Pengunjung boleh datang ke Bukit Bendera dengan menggunakan Jambatan ke-2 Pulau Pinang (Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah) dari Bandar Cassia.

Perkhidmatan bas

Alternatif perjalanan yang lebih hijau. Cara ini menjimatkan wang, masa, dan persekitaran. Menaiki bas merupakan kaedah yang memudahkan perjalanan, elak daripada kesesakan lalu lintas dan tidak perlu bimbang tentang tempat letak kenderaan.

Rapid Penang akan membawa anda ke destinasi anda dengan harga serendah RM1.00 dan jika anda bernasib baik, anda boleh menaiki bas City Hop-On Hop-Off yang mengelilingi bandar Pulau Pinang secara percuma.

Adakah anda akan pertimbangkan untuk menaiki bas?

Perkhidmatan Teksi / Grab

Dengan kemudahan telefon pintar, anda hanya perlu muat turun aplikasi Grab untuk menggunakan JustGrab ke Bukit Bendera. Aplikasi Grab ini berfungsi secara automatik dan akan mencari kenderaan terdekat, sama ada kereta atau teksi.

Langkah-langkah untuk menempah Grab ke Bukit Bendera Pulau Pinang.

1. Buka Aplikasi Grab

2. Ketik pada Kategori Kereta

3. Masukkan Stesen Bawah Bukit Bendera di Drop-off Point

4. Ketik butang Book dan bersedia untuk bergerak.

Alami puncak Mutiara Timur

Muat turun Panduan Pelawat Bukit Bendera Di Sini

Berhubungi dengan kami

Emel kami di

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Ikuti Kami di
Buy Ticket Now!