Nikmati Hotel yang selesa di Bukit Bendera Pulau Pinang.
Hotel Bellevue
Bilik kami dilengkapi dengan keselesaan
Hotel Bellevue merupakan satu-satunya hotel di Bukit Bendera. Ia terletak berhampiran Stesen Atas Bukit Bendera. Hotel gaya-banglo kecil ini hanya mempunyai 12 bilik. Dari anjung hotel, anda boleh menikmati pemandangan George Town yang sangat menakjubkan, terutamanya dari waktu siang hingga malam.
Di hadapan hotel terdapat burung hantu dan beberapa jenis burung tropika.Hotel ini juga mempunyai sebuah taman botani yang dihiasi dengan koleksi tumbuh-tumbuhan tempatan yang jarang dijumpai dan terancam yang dikumpulkan untuk program penyelidikan.
Unit Keseluruhan: 12 unit katil bujang yang terhad, Katil Kembar dan tiga bilik keluarga
Perjalanan kembali ke masa lalu ketika berada diatas stesen bukit kolonial tertua di Semenanjung Malaysia yang dibangunkan oleh British pada abad ke-18. Rehatkan minda anda dengan menginap di banglo yang berusia satu abad dan dikelilingi oleh hutan hujan yang berusia 130 juta tahun.
The Hillside Retreat terletak tidak jauh dari George Town, Tapak Warisan Dunia UNESCO. Kami menawarkan tempat percutian yang tenang dari kesibukkan kota bertempat didalam biosfera yang subur di Pulau Pinang.
Sertailah kami untuk menjelajahi sejarah kolonial lama Pulau Pinang dengan warisan semula jadi!
Suite Keseluruhan 4 Deluxe Boutique & 4 Bunker
14 khemah disediakan ( 3 - 4 orang untuk satu kem)
Anda boleh membawa khemah sendiri dengan bayaran terhad