Bukit Bendera adalah jenis hutan hujan tropika yang terdiri daripada pokok oak-laurel submontane, pokok-pokok konifer serta Pokok pakis yang tumbuh di ketinggian yang lebih tinggi.
Secara saintifiknya, Bukit Bendera penting sebagai tapak pelbagai spesies tumbuhan di Malaysia. Dahulunya, ahli botani datang ke sini mengumpul tumbuh-tumbuhan untuk tujuan herbarium di seluruh dunia. Ia adalah kawasan yang kaya dengan biodiversiti dan mempunyai sejumlah besar spesies endemik yang jarang dijumpai dan terancam.
Ia termasuk tumbuhan parasit Exorhopalia ruficeps, yang tumbuh dengan mudah dan subur di celahan batu dalam persekitaran sejuk di kawasan bukit. The Slipper Orchid (Paphiopedilum barbatum) mendapat permintaan paling tinggi di seluruh dunia dan semakin sukar untuk dijumpai.
Beberapa spesies yang ditemui selalunya akan kelihatan pada waktu malam. Ini termasuk musang, lemur terbang, musang terbang dan kelawar.
Jika anda bertuah, anda berpeluang untuk melihat beberapa jenis haiwan yang jarang ditemui seperti lotong kelabu, tupai gergasi hitam dan burung cecawi anting-anting di sekitar Bukit Bendera. Haiwan-haiwan ini boleh dilihat pada waktu pagi dan lewat petang.
Bukit Bendera mempunyai lebih dari 100 spesies burung, 80% daripadanya telah ditemui di Pulau Pinang telah direkodkan di sini. Burung-burung ini berasal dari spesies taman yang sama dan kawasan hutan yang tebal.
Pada waktu petang, anda dapat mendengar bunyi-bunyian dari reriang dan cengkerik. Jika anda mempunyai kemahiran mengenai selok belok hutan di Bukit Bendera , anda berpeluang melihat hidupan hutan seperti mentadak,serangga kayu dan daun mantis secara dekat.
The Habitat di Bukit Bendera merupakan tempat yang harus dikunjungi bagi merasai pengalaman hutan hujan yang menyeronokan serta penuh dengan info. Pastinya anda akan merasai seperti masuk ke dalam kayangan yang indah ketika anda melalui pintu utama The Habitat.
Bukit-bukau, hutan hujan tropika, kepelbagaian flora, batu-batu granit yang besar dan pemandangan yang indah menjadikan The Habitat di Bukit Bendera sebagai tempat yang harus dilawati. Eko perlancongan bertaraf dunia yang pertama di Malaysia bertujuan untuk mempromosikan kesedaran dan pemuliharaan alam sekitar.
The Habitat merupakan salah satu tarikan utama di Pulau Pinang.Melalui proses fotosintesis, tanaman menghasilkan makanan sendiri dengan menggunakan karbon dioksida, air dan tenaga dari sinaran matahari untuk menghasilkan oksigen yang penting kepada kehidupan.Hutan hujan juga membantu mengitar semula dan membersihkan bekalan air. Laluan semulajadi yang terdapat di The Habitat membuatkan pengunjung akan lebih menghargai hutan serta hidupan liar.
Waktu Operasi: 9:00am - 8:00pm (Setiap Hari) |
Laman Utama: https://thehabitat.my/ |
Nombor Telefon: 04-8267677 |
Nature Walks @ Bukit Bendera akan memberikan pengunjung peluang untuk menyertai sukarelawan di sepanjang tiga laluan menarik di puncak Bukit dengan percuma. Perkhidmatan Nature Walk adalah inisiatif Perbadanan Bukit Bendera di bawah kendalian persendirian dan ia sebahagian daripada misi menggalakkan pengunjung untuk meneroka dan mengetahui lebih tentang Bukit Bendera.
Ketiga-tiga laluan akan melintasi lokasi tumpuan bergambar yang menarik di Bukit Bendera. Anda berpeluang melihat beberapa banglo gaya-kolonial serta menikmati keindahan flora dan fauna.Jika anda bernasib baik, anda berkesempatan menemui Lotong Kelabu dan Tupai Gergasi Hitam yang sinonim di Bukit Bendera.
Menjadi yang pertama di Barat Malaysia, Taman Periuk Kera adalah satu taman yang mempunyai lebih daripada 100 jenis tumbuhan termasuk spesis dari tanah rendah hingga tanah tinggi di rantau ini.
Kini,pengunjung tidak perlu lagi melancong jauh tetapi dengan mengunjungi Bukit Bendera pengunjung boleh menikmati pemandangan yang indah dan memperolehi pengetahuan melalui peluang yang tidak pernah dirasai sebelum ini. Dengan suasana dan cuaca semulajadi yang nyaman pengunjung dapat melihat pelbagai jenis tumbuhan serta haiwan-haiwan seperti glugor,tupai, burung, monyet, mengkarung, rama-rama, kala jenking dan sebagainya dengan jarak terdekat.
Lebih menarik lagi apabila pengunjung juga dapat menikmati suasana alam semula jadi di hutan rizab . Pengunjung dapat merasai dan menhayati kawasan hutan hijau di Bukit Bendera. Kami juga menawarkan pengunjung dengan kawasan hijau yang lengkap dengan sudut berkopi di hutan (forest coffee).
Waktu Operasi: 9:00am - 6:00pm (Setiap Hari) |
Laman Utama: |
Nombor Telefon: 012-4289585 |
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.