Penang Hill Gallery@Edgecliff

Galeri banglo warisan kategori II

Penang Hill Gallery@Edgecliff merupakan projek pemuliharaan kedua Perbadanan Bukit Bendera yang wajib dikunjungi oleh pengunjung semasa melawat Bukit Bendera. Galeri yang tersergam indah merupakan banglo warisan kategori II yang terletak kira-kira 200 meter dari Stesen Atas. Galeri ini terletak di pinggir tebing. Galeri ini dikelilingi oleh hutan hujan yang tenang dan subur yang terletak di dalam kawasan Rizab Biosfera Bukit Bendera. Lokasinya sangat ideal untuk menarik pengunjung melihat pemandangan Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town yang menakjubkan dan kesibukan bandar Air Itam.

Galeri ini terdiri daripada 5 segmen utama, setiap bahagian mempunyai ciri yang unik mengenai Bukit Bendera. Perjalanan yang tidak dapat dilupakan dan menarik bermula dari saat pengunjung menjejakkan kaki ke dalam bangunan melalui Terowong Masa yang akan membawa mereka kembali ke masa lalu. Seterusnya pengunjung dapat mengembara di dalam hutan tertutup di ruangan Biodiversiti diikuti dengan penerokaan beberapa seni bina warisan yang memikat di atas bukit di ruangan Warisan. Perjalanan diteruskan ke galeri Funikular di mana pengunjung dibongkarkan dengan kejayaan kejuruteraan yang hebat dalam membina funikular di atas bukit seabad yang lalu. Akhir sekali, pengunjung boleh menghidupkan semula kehidupan yang meriah di atas bukit semasa mereka menuju/bersiar-siar ke galeri Kebudayaan. Untuk melengkapkan pengalaman, pengunjung boleh membeli-belah cenderamata untuk dibawa pulang sebagai kenang-kenangan di Bukit Bendera.

Bangunan bersejarah ini merupakan projek pertama di Malaysia yang memperoleh pensijilan “Non-Residential Existing Building (NREB): Historic Building Tool certification from Green Building Index”. Jangan tunggu lagi dan kunjungi kami hari ini!

Waktu Operasi:
9.00 pagi hingga 5.30 petang
(Dibuka setiap hari kecuali hari Selasa)

Kaunter tiket ditutup pada pukul 4.45 petang
Laman Utama:
https://edgecliff.penanghill.gov.my




Alami puncak Mutiara Timur

Muat turun Panduan Pelawat Bukit Bendera Di Sini

Berhubungi dengan kami

Emel kami di

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Ikuti Kami di
Buy Ticket Now!